Resepi Ayam Panggang Madu Istimewa

Kali ini saya nak berkongsi resepi ayam panggang madu. Bukan ape, selalu frust tak dapat nk beli kat pasar malam. Resepi ini saya dah olah daripada yang sedia ada. Ikut citarasa masing-masing lah ye.



Resepi Ayam Panggang Madu Istimewa



Bahan-bahan( untuk 1/2 ekor ayam  )
1/2 ekor ayam dibersihkan ,jangan dibuang kulitnya.
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
Garam
Gula melaka
lada hitam
3 sudu besar sos tiram
1 kiub pati ayam
3 sudu besar kicap pekat
5 cm halia
4 sudu besar madu
Beberapa titik minyak bijan
Mentega/marjerin untuk sapuan
Kalau anda rasa ingin menambah bahan-bahan lain seperti lemon dan herba seperti rosemary pun ok. Ikutlah citarasa anda!!!

Bahan untuk memerap ayam
5 cm halia dan 2 ulas bawang putih serta garam
Cara Membuatnya
Tumbuk halia dan bawang putih sehingga halus kemudian lumurkan pada ayam bersama garam untuk perapan perasa awal.
Masukkan bahan tumbuk halus, madu, kicap pekat, sos tiram, lada hitam, kiub pati dan minyak bijan. Gaul sehingga rata terutama di bahagian kulit dan isi ayam.
Perapkan ayam selama 1-2 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
Panaskan ketuhar/oven pada suhu 200 darjah celcius dan bakar ayam selama 40 minit atau sehingga masak. Jangan biarkan ayam kering dan hilang jusnya.
Apabila masak, keluarkan ayam dan lumurkan dgn lebihan bahan perapan dan bakar ke dalam oven selama beberapa minit.
Keluarkan ayam sekali lagi, terbalikkan, lumurkan lagi lebihan bahan perapan pada bahagian yang bawah ayam tadi, dan bakar kembali untuk beberapa minit sehingga ayam bertukar warna keemasan dan berkilat.
Ayam panggang madu sedia dihidang untuk seisi keluarga.

Kalain anda menggunakan kuali ajaib atau pemanggang ajaib, anda boleh memasak lebih kurang 15-20 minit sahaja bergantung kepada jenis bahagian ayam yang digunakan.

Selamat mencuba!!!

0 Response to "Resepi Ayam Panggang Madu Istimewa"

Post a Comment