Resepi Biskut & Kuih Raya | Cornflake Madu

Semalam kami dah kongsikan resepi cornflake coklat. Kali ini, kami akan kongsikan satu lagi resepi cornflake iaitu cornflake madu. Memang mudah dan simple je. Jom kita jadikan ia satu lagi resepi yang mesti buat untuk raya ini.

Resepi Biskut & Kuih Raya | Cornflake Madu


Bahan-bahan
1 cawan gula
10 sudu besar madu
1 buku mentega (250g)
1 kotak cornflakes

Cara Membuatnya
Dengan api perlahan, masukkan mentega, dan gula. Sebatikan campuran sampai cair kemudian tutup api.
Masukkan madu and kacau lagi. Agak adunan tu sejuk sikit, sikit je tau jangan sampai keras pulak, masukkan cornflakes.
Kacau lagi bagi sebati kemudian sudukan masuk ke dalam acuan paper cup yang comel pilihan sendiri.
Lepas itu masukkan ke dalam oven and bakar selama 10-15 minit. 


Dah siap biskut cornflake madu anda. Selamat mencuba!!!

0 Response to "Resepi Biskut & Kuih Raya | Cornflake Madu"

Post a Comment