Resepi Biskut & Kuih Raya | Badam Delight

Satu lagi resepi biskut raya atau kuih raya yang anda patut cuba iaitu biskut coklat badam. Tak la susah mana pun. Boleh menjadi satu lagi koleksi resepi untuk biskut atau kuih raya anda. Jom kita tengok bahan-bahannya.

Resepi Biskut & Kuih Raya | Coklat Badam
credit to Siti Delima

Google Image

Bahan-bahan :
250 gm mentega
85 gm gula aising
100 gm tepung jagung
250 gm tepung gandum
30 gm tepung beras
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
50 gm badam cincang
Cawan kertas secukupnya

Bahan untuk Hiasan :
Coklat masakan secukupnya
Coklat urai secukupnya

Cara Membuatnya :
 

Putar mentega dan gula aising hingga kembang  
Kemudian masukkan kuning telur bersama vanila, badam cincang serta tepung. Gaulkan adunan hingga rata. Bulat2 kan sebesar biji guli dan bakar pada suhu 170' C selama 20 minit atau hingga masak. 
Sejukkan dan masukkan ke dalam cawan kertas.  
 Hiaskan dengan coklat masakan dan taburkan coklat urai diatasnya. 

Senang je kan? Terima kasih di atas sokongan anda selama ini. Sila share sebagai tanda terima kasih anda ok!!!Selamat Mencuba

0 Response to "Resepi Biskut & Kuih Raya | Badam Delight"

Post a Comment