Antara menu wajib kalau berbuka adalah puding roti. Resepi yang mudah untuk dibuat. Kami kongsikan resepinya ya!!
Resepi Puding Roti Berkaramel
Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk karamel
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)
Cara Membuatnya
Cara membuat gula hangus (karamel), panaskan gula di dalam kuali, masak hingga
gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu
besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api.
Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen
vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang
gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
Senang tak? Untuk kretiviti, kukus menggunakan loyang yang mempunyai bentuk. Nampak macam ala-ala chef gitu. Selamat Mencuba!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Resepi Puding Roti Berkaramel"
Post a Comment