Resepi Red Velvet Cupcake

Memang cantik kan Red Velvet Cupcake? Resepinya pun mudah sahaja. Jom kita lihat apakah resepinya.

Resepi Red Velvelt Cupcake | Kek Cawan Baldu Merah
Google Image

Bahan-bahan

  • 250g tepung kek (atau guna tepung gandum biasa campur 1st baking powder)
  • 1/2 sdt garam 15g serbuk koko @ 2 sb serbuk koko
  • 113g butter @ 1/2 cawan butter (guna 1/2 dari 1 ketul butter 250g)
  • 160g gula kastor
  • 2 biji telur -gred A
  • 1 sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk  - jika tiada, kita buat sendiri
  • 1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka - untuk buttermilk
  • 2 sm perwarna merah @ 4 sm serbuk perwarna merah
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
Cara membuat buttermilk

  • Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon dgn sukatan yang sama.
  • Boleh juga menggunakan yogurt plain.  

Google Image

Cara membuat kek
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung) 
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati. 
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. 
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese bersama bahan2 lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat (agak2 kepekatannya dah sesuai utk disapu pada kek) Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka. 
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda.

0 Response to "Resepi Red Velvet Cupcake"

Post a Comment