Resepi Kek German Blackforest yang senang

Pernah rasa nak buat kek German Blackforest? Ini resepi yang paling senang untuk buat kek german blackforest ini. Jom kita tengok bahan-bahan untuk resepi ini.

Resepi Kek German Blackforest yang senang


BAHAN KEK
BAHAN A 300g tepung optima 300g telur 60g air 1 sudu besar vanilla

BAHAN B 60g minyak jagung/masak

Cara membuatnya

  • Pukul A sampai betul-betul kembang, gebu, pekat dan putih menggunakan mixer dengan speed tinggi  dalam lebih kurang 20 minit
  • Bila telah kembang dan gebu perlahankan speed, masukkan minyak perlahan-lahan. Kacau sebati dalam 3 minit.
  • Masukan ke dalam Loyang 9 inci yang telah di sapu dengan butter dan diletakan kertas minyak.
  • Sebelum itu panaskan oven
  • Bakar pada suhu 170  degree selama 40minit (bergantung pada oven pembakar).
  • Nak tahu dah masak, cucuk dengan lidi pastikan tidak ada yang melekit pada lidi
  • Setelah kek masak , terus keluarkan dari loyang. Jangan biarkan kek sponge sejuk dalam loyang  kerana kek akan mengecut.

MOUSSE
300g whipping cream ( non dairy)
150g dark chocolate - yang dicairkan menggunakan kaedah double boil
* cara: putar whipping cream sehingga kembang dan kental. kemudian masukan dark chocolate yang telah dicairkan

TOPPING
350g whipping cream ( non dairy)
100g dark chocolate - yang dicairkan menggunakan kaedah double boil
* cara: putar whipping cream sehingga kembang dan kental. kemudian masukan dark chocolate yang telah dicairkan



Cara-cara Menghias
  • Potong kek kepada 3 bahagian, letak setiap lapisan kek lapisan atas papan kek.
  • Sapukan mouses chocolate pada lapisan kek yang pertama. Selepas itu letakan pitted cherrie
  • Untuk lapisan kedua, ulang proses yang sama
  • setelah siap sapukan toping yang telah dibuat.
  • Hias ikut kreativiti sendiri...
hiaskan dengan coklat parut. Selamat Mencuba!!!!

0 Response to "Resepi Kek German Blackforest yang senang"

Post a Comment